Melumpuhkan Capaian e-Perbankan: Melindungi Akaun Perbankan Anda ke Tahap Lebih Tinggi
Dalam dunia keselamatan digital, KAF Digital Bank (KAF DB) memperkenalkan ciri kukuh dan proaktif iaitu "Nyahaktif Segera" di dalam tetapan Capaian e-Perbankan anda. Ciri unik ini memberikan anda kawalan untuk melumpuhkan cble apaian perbankan atas talian anda serta merta sekiranya berlaku situasi PIN terjejas, sekaligus memastikan keselamatan akaun dan urus niaga anda kekal terpelihara. Baca lebih lanjut untuk memahami langkah-langkah dan kesan akan ciri penguatkuasaan keselamatan ini.
Lindungi Akaun Anda
- Memulakan Aplikasi:
- Lancarkan aplikasi dan log masuk menggunakan cap jari atau pengecaman wajah.
- Membuat Capaian Menu:
- Pada Papan Pemuka, cari arca Menu tiga garisan yang berada pada bahagian bawah sebelah kanan.
- Melayari Tetapan Keselamatan:
- Daripada menu, pilih "Tetapan" dan terus layari ke "Capaian e-Perbankan" yang berada di bawah kategori "Daftar Masuk".
- Menogol untuk Tukar:
- Cari ciri “nyahaktif segera” dan aktifkannya dengan togol suis ke kanan.
- Sahkan Pilihan Anda:
- Bertindak balas kepada pengesahan yang muncul dengan menekan "Ya".
- Terma dan Syarat:
- Baca dengan teliti segala terma untuk melumpuhkan capaian e-perbankan dengan menyemak tanda kotak perjanjian.
- Tekan butang "Teruskan" untuk teruskan.
- Mengakui Tindakan Keselamatan:
- Lihat skrin pengakuan yang menyatakan, "Capaian e-Perbankan Telah Berjaya Dilumpuhkan".
Status Selepas “Nyahaktif Segera”
- Capaian Terhad:
- Aktiviti membuat capaian ke akaun anda menerusi semua saluran dan titik masuk akan dilumpuhkan.
- Urus niaga atas talian seperti log masuk, menetapkan pemindahan baru, dan pemulihan akaun tidak dibolehkan sama sekali.
- Pengendalian Berterusan:
- Pemindahan berulang atau arahan tunggal yang ditetapkan sebelum ini dapat diteruskan.
- Urus niaga kad fizikal dan maya serta pengeluaran wang masih dibenarkan.
- Bayaran masuk (kredit) dapat diteruskan.
- Sekiranya kami berhasrat untuk memberikan anda Hibah kerana mendepositkan wang anda dengan kami, maka kredit Hibah ke dalam akaun anda juga dibenarkan.
Untuk Mendayakan Capaian
- Sekiranya anda ingin mendapatkan semula capaian ke e-perbankan, hubungi bank dan ikuti tatacara mendayakannya.
Di KAF Digital Bank, keselamatan anda merupakan keutamaan kami, dan ciri "Nyahaktif Segera" merupakan bukti kepada tanggungjawab kami dalam memelihara kesejahteraan aktiviti kewangan anda. Dengan hanya beberapa klik, anda sudah boleh melumpuhkan capaian e-perbankan, sekaligus memberikan anda ketenangan sekiranya terdapat kes di mana PIN anda terjejas. Disebabkan ciri ini menghalang beberapa aktivit atas talian, oleh itu pemindahan penting seperti pemindahan berulang dan urus niaga kad debit-i kekal tidak terjejas. Alamilah pendekatan yang proaktif bagi keselamatan digital ini dengan KAF Digital Bank - di mana keselamatan anda tiada tolok bandingnya.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda