Menguruskan Kad Anda dan Fungsi-fungsinya (Skrin Pengurusan Kad)
Bagi memastikan anda mempunyai kawalan penuh terhadap transaksi kewangan anda, anda boleh mengakses dan menguruskan kad debit maya anda melalui aplikasi KAF Digital Bank (KAF DB) secara mudah. Panduan ini akan menjelaskan cara-cara untuk melayari bahagian dan ciri-ciri utama yang tersedia di tab "Urus" dipaparkan.
Langkah-langkah untuk mengakses “Urus Kad”
- Buka Aplikasi:
Buka aplikasi KAF Digital Bank dan log masuk ke akaun anda.
- Melayari Pengurusan Kad:
Cari ikon Menu yang berbentuk tiga garisan di bawah bahagian Papan Pemuka Aplikasi. Klik ikon tersebut untuk memperlihatkan menu pilihan yang sedia ada.
- Pilih “Urus Kad”:
Dalam bahagian menu, cari dan pilih “Urus Kad”.
Berdasarkan tetapan tersedia, anda akan berada di tab "Urus" iaitu laluan anda untuk mengoptimumkan pengalaman kad debit maya anda.
Apa Yang Anda Boleh Lakukan
- Semak Transaksi Lepas:
Akses sejarah transaksi daripada skrin Pengurusan Kad.
- Ciri-ciri tab “Urus”:
Antara fungsi utama yang terdapat di dalam tab Urus adalah:
- Fungsi alihan “Sekat Kad”:
Lindungi kad anda melalui cara mengunci/menyekat dan membuka kunci/menyahsekat dengan mudah.
- “Tetapan Had Kad”:
Laraskan had perbelanjaan mengikut keutamaan anda.
- “Butiran Kad”:
Lihat maklumat penting berkenaan kad debit maya anda.
- Fungsi “Ganti Kad”:
Mohon penggantian kad dengan mudah jika diperlukan.
Mengakses bahagian “Pengurusan Kad” anda dalam aplikasi KAF Digital Bank memudahkan anda mengurus kad debit maya. Dengan mengikuti langkah mudah dan menerokai fungsi di tab "Urus", anda boleh memantau transaksi, menetapkan had perbelanjaan, dan melindungi kad anda dengan selamat.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda