Semak Keluar Pembayaran E-Dagang
Selamat datang ke era baharu pembayaran atas talian dengan KAF Digital Bank (KAF DB)! Kami akur akan kepentingan pengalaman semak keluar yang lancar dan selamat semasa melakukan pembelian atas talian. Ikuti kami menerokai keajaiban yang ada sepanjang perjalanan pembayaran anda, sekaligus memastikan keselamatan yang kukuh di setiap langkah anda.
Beginilah Bagaimana Keajaiban Berlaku
- Halaman Semak Keluar Peniaga (Halaman Pembayaran Kedai Atas Talian):
Cuba anda bayangkan: Anda telah pun membuat keputusan setelah berfikir sejenak untuk membeli sesuatu/beberapa item atas talian. Troli anda sudah penuh, dan anda sudah bersedia untuk membuat pembelian. Ketika ingin semak keluar di portal peniaga, pilih kaedah pembayaran anda sebagai “Bayar dengan Kad Debit/Kredit” (Pay with Debit/Credit Card). Untuk pengetahuan anda, setakat ini KAF Digital Bank hanya dapat menyokong fungsi pembayaran menggunakan ciri 'Urus niaga Kad Atas Talian' atau 'Bayar dengan Kad Debit/Kredit.' Jangan terlalu bimbang kerana pembayaran melalui ciri perbankan dalam talian atau Financial Process Exchange (FPX) yang mungkin merupakan pilihan utama anda, akan mula beroperasi tidak lama lagi!
- Memasukkan Butiran Pembayaran:
Bersedia untuk memuktamadkan pembelian? Anda sudah boleh mula masukkan nombor kad, nombor Nilai Pengesahan Kad CVV (Kod Keselamatan Kredit) , dan tarikh luput kad anda. Ini merupakan tiket emas dalam memeterai perjanjian dengan peniaga.
- Ubah Hala ke Skrin Pembayaran (Skrin Keselamatan 3 Domain atau 3DS):
Tekan "Bayar" dan anda akan dibawa ke skrin pembayaran atau skrin 3DS di pelayar web anda. Tanpa perlu menunggu pesanan ringkas untuk Kata Laluan Sekali Guna (OTP), KAF Digital Bank memperkenalkan SecureKAF untuk setiap transaksi atas talian, memberikan anda kuasa penuh untuk mengesahkan pembayaran.
- Pengesahan SecureKAF:
Pada skrin pembayaran atau skrin 3DS, anda akan menerima pesanan untuk mengesahkan urus niaga dengan mesej 'Kami telah menghantar pemberitahuan kepada bank pilihan anda. Sila sahkan urus niaga.' Buka aplikasi KAF Digital Bank dan terus ke barisan pilihan SecureKAF di dalam menu tiga garis. Jika tidak, anda juga boleh menekan pemberitahuan pacuan yang muncul di skrin telefon anda. Skrin SecureKAF akan terpapar untuk anda.
- Sila Cakna dengan Pemasa Tamat Waktu:
Jangan lupa sesuatu! Pemasa tamat waktu memberikan anda ruang untuk menentukan sama ada ingin mengesahkan atau menolak sesebuah urus niaga. Rasailah kawalan dalam menentukan sama ada anda ingin membenarkan atau menolak urus niaga tersebut.
- Pembayaran Berjaya:
Keputusan telah dibuat dengan yakin! Pembayaran anda berjalan lancar, kini anda hanya perlu tenang menanti barang atau perkhidmatan yang dinanti tiba di pintu rumah anda. Semudah itu menggunakan KAF Digital Bank. Ianya selamat, mudah, dan membuka jalan bagi era baharu pembayaran atas talian.
Dengan KAF Digital Bank, urus niaga atas talian anda bukan sekadar urus niaga biasa, ia merupakan pengalaman yang dicipta demi keselesaan dan keselamatan anda. Manfaatkanlah kemudahan membeli belah, membuat pengesahan (menentusahkan), dan nikmati pembayaran tanpa kerisauan kerana kami mengolah semula landskap urus niaga atas talian agar ianya terus kekal relevan dengan situasi kewangan yang kian mencabar dan penuh ancaman. Bersedialah untuk pengalaman semak keluar yang lancar dan memastikan anda sentiasa mempunyai kawalan signifikan. Rasai keseronokan dalam kemudahan urus niaga dengan KAF Digital Bank.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda