Pemindahan Dana - Pemindahan ke Akaun KAF Digital Bank yang Lain
Membuat pemindahan dana ke akaun KAF Digital Bank (KAF DB) adalah satu proses yag sangat mudah dan tidak merumitkan. Dengan beberapa langkah mudah dan kaedah yang langsung, anda kini mampu melakukan aktiviti pemindahan dana melalui aplikasi KAF Digital Bank. Sama ada anda menggunakan menu Pemindahan mahupun mengakses papan pemuka akaun individu, garis panduan yang jelas telah disediakan untuk memudahkan transaksi tanpa sebarang masalah dan kekeliruan.
Pemindahan Baharu melalui menu “Pemindahan”
- Melancaran Aplikasi & Log Masuk:
Buka aplikasi KAF Digital Bank dan log masuk.
- Melayari menu “Pemindahan”:
Klik pada menu “Pemindahan” di Skrin Utama (Papan Pemuka Akaun).
- Memilih “Pemindahan Bank” Baharu:
Di skrin “Pilih Kaedah Pemindahan”, pilih tab “Baharu” dan klik “Pemindahan Bank”.
- Memilih Akaun & Jumlah:
Di bahagian menu lungsur pilihan ke bawah, pilih akaun dan masukkan jumlah. Seterusnya, klik “Teruskan”.
- Menyatakan Butiran “Akaun KAF Digital Bank”:
Pilih “Akaun KAF Digital Bank”, masukkan nombor akaun, nama penerima, kekerapan pemindahan, tarikh pemindahan, dan rujukan.
- Tambah ke “Kegemaran”:
Togol pada suis untuk tambah penerima sebagai “Kegemaran” anda.
- Menyemak & Mengesahkan:
Semak semula setiap butiran pada Skrin Pengesahan sebelum klik “Pindah Sekarang”.
- Pengakuan:
Lihat pada skrin pengakuan untuk status transaksi (Berjaya/Gagal). Anda juga boleh membuat pemindahan lain atau kongsi resit transaksi tersebut, mengikut keperluan anda.
Pemindahan Baharu melalui “Papan Pemuka Akaun Individu”
- Melancarkan Aplikasi & Log Masuk:
Buka aplikasi KAF Digital Bank dan log masuk.
- Klik Akaun Tertentu:
Pada Skrin Utama (Papan Pemuka Akaun), klik pada nombor akaun tertentu anda.
- Melayari Menu “Pemindahan”:
Klik pada pilihan “Pemindahan” di dalam bahagian Papan Pemuka Akaun Individu.
- Memilih “Pemindahan Bank” Baharu:
Di skrin “Pilih Kaedah Pemindahan”, pilih tab “Baharu” dan klik “Pemindahan Bank”.
- Memilih Akaun & Jumlah:
Di bahagian menu lungsur pilihan ke bawah, pilih akaun dan masukkan jumlah. Seterusnya, klik “Teruskan”.
- Menyatakan Butiran “Akaun KAF Digital Bank”:
Pilih “Akaun KAF Digital Bank”, masukkan nombor akaun, nama penerima, kekerapan pemindahan, tarikh pemindahan, dan rujukan.
- Pilihan: Tambah ke Kegemaran:
Togol pada suis untuk tambah penerima sebagai “Kegemaran” anda.
- Menyemak & Mengesahkan:
Semak semula setiap butiran pada Skrin Pengesahan sebelum klik “Pindah Sekarang”.
- Pengakuan:
Lihat pada skrin pengakuan untuk status transaksi (Berjaya/Gagal). Anda juga boleh membuat pemindahan lain atau kongsi resit transaksi tersebut, mengikut keperluan anda.
Kini, urusan pemindahan dalam akaun KAF DB anda menjadi proses yang mudah dengan ciri mesra pengguna dalam aplikasi KAF DB. Sama ada anda memilih menu Pemindahan mahupun mengakses papan pemuka akaun individu, aktiviti pemindahan boleh dilakukan secara pantas dan efektif. Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh memindahkan dana dalam akaun anda secara mudah dan menikmati pengalaman perbankan yang lancar dengan KAF DB.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda