• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Kempen & Jalinan Usahasama
  • Kempen, Promosi & Program Ganjaran

Terma dan Syarat: Kempen "Hibah Setia Hati 250k"

Tarikh Berkuat Kuasa: 22 Julai 2026

1. Pengenalan

Terma dan syarat ini mengawal skop Kempen "Hibah Setia Hati 250k" (“Kempen”) yang dianjurkan oleh KAF Digital Bank Berhad (“KAF DB”). Kempen ini merupakan satu inisiatif kesedaran jenama berasaskan pencapaian mercu tanda (milestone-based) dan pengaktifan tingkah laku yang dirancang untuk merayakan kejayaan KAF DB melampaui 250,000 muat turun aplikasi.

Dengan menyertai Kempen ini, peserta secara langsung bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini, termasuk semua peraturan perkongsian data dan pengesahan operasi yang dinyatakan di sini.

2. Tempoh Kempen & Tarikh Penutup Kelayakan

2.1 Tempoh pendaftaran Kempen berkuat kuasa dari 22 Julai 2026 sehingga 31 Ogos 2026, merangkumi kedua-dua tarikh tersebut ("Tempoh Kempen").

2.2 Bagi memastikan masa yang mencukupi untuk proses pendaftaran operasi (operational onboarding), tarikh akhir kelayakan untuk mematuhi semua kriteria kelayakan operasi (termasuk pengaktifan akaun digital dan pengesahan Kenali Pelanggan Anda Menerusi Saluran Elektronik / electronic Know Your Customer) ditetapkan secara tegar pada 31 Ogos 2026 jam 23:59:59 ("Tarikh Penutup Kelayakan").3. 

3. Kriteria Kelayakan & Segmen Peserta 

3.1 Kempen ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas, yang memenuhi kriteria kelayakan bagi mana-mana satu daripada tiga (3) segmen peserta seperti yang dinyatakan di bawah Klausa 3.3 di bawah serta menyempurnakan proses pengesahan yang ditetapkan: 

3.2 Akaun yang digantung, dibekukan, ditutup, atau berada di bawah siasatan kawal selia pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Kempen atau fasa padanan data adalah dibatalkan kelayakannya secara tegar. Walau bagaimanapun, akaun aktif berbaki sifar adalah layak sepenuhnya. 

3.3 Peserta dibahagikan kepada segmen seperti yang berikut: 

Segmen Peserta 

Definisi & Pencetus Operasi 

Pengguna Aktif Sedia Ada 

Pemegang akaun KAF DB sedia ada (termasuk akaun aktif berbaki sifar) yang menyempurnakan pendaftaran wajib menerusi laman web Kempen Hibah Setia 250k sepanjang Tempoh Kempen. 

Pengguna Berdaftar yang Belum Lakukan Pengaktifan

Pengguna berdaftar yang telah memulakan permohonan untuk membuka akaun tetapi belum melaksanakan pindahan kredit pengaktifan e-KYC mereka perlu diselesaikan sebelum menjelang tarikh akhir kelayakan.

New-To-Bank (NTB) Prospects

Prospek daripada senarai pengedaran pemasaran dan orang awam yang mendaftar di laman web Kempen Hibah Setia 250k, memuat turun Aplikasi KAF DB, dan melengkapkan proses pendaftaran e-KYC sepenuhnya sebelum Tarikh Penutup Kelayakan. 

4. Mekanisme Penyertaan 

Penyertaan dalam Kempen ini menghendaki peserta untuk menyempurnakan langkah-langkah proses seperti yang berikut: 

Langkah 1: Pendaftaran di Laman Web Kempen & Keizinan

Peserta hendaklah mendaftarkan penyertaan menerusi laman web Kempen sepanjang Tempoh Kempen berlangsung dan memasukkan alamat e-mel utama mereka. Peserta hendaklah mengesahkan atau menanda kotak penafian wajib yang mengesahkan bahawa kesilapan taip e-mel, ketidakpadanan data, atau status "OFF" (TUTUP) pada butang togol perkongsian data pihak ketiga boleh mengakibatkan pelupusan ganjaran secara serta-merta dan tidak boleh diubah.

Langkah 2: Pengaktifan Akaun & e-KYC

Peserta hendaklah berjaya menyempurnakan keseluruhan proses pendaftaran aplikasi dan melepasi pengesahan e-KYC. Bagi pengguna yang belum diaktifkan atau pengguna baharu, pindahan kredit pengaktifan hendaklah disempurnakan sebelum Tarikh Penutup Kelayakan.

Langkah 3: Butang Togol Perkongsian Data Pihak Ketiga

Peserta hendaklah menetapkan Butang Togol Perkongsian Data Pihak Ketiga secara langsung kepada status "ON" (AKTIF) dalam tetapan aplikasi mudah alih KAF DB. Kebenaran ini hendaklah kekal diaktifkan sepanjang Tempoh Kempen dan fasa pengesahan pasca-kempen bagi membolehkan pemindahan data penunaian ganjaran secara sah kepada rakan kongsi celik kewangan, POD Smart.

5. Pengesahan Data & "Peraturan Indeks E-mel Tunggal" 

5.1 Kunci pengesahan mutlak bagi kelayakan Kempen ialah alamat e-mel yang dimasukkan oleh peserta pada halaman pendaratan minisite Kempen luaran ("Peraturan Indeks E-mel Tunggal").

5.2 Untuk layak menyertai cabutan hadiah, alamat e-mel tepat yang didaftarkan pada laman web Kempen hendaklah sepadan dengan alamat e-mel yang dipautkan kepada akaun Aplikasi KAF DB aktif dan akaun Aplikasi POD Smart aktif milik peserta. 

5.3 Perbezaan kecil pada saiz huruf (huruf besar/kecil) atau ruang jarak akan dinormalisasikan secara automatik oleh sistem semasa proses pengesahan. Tiada pembetulan lain atau pindaan manual yang akan dibuat. 

6. Hadiah & Mekanisme Pemilihan 

6.1 Jumlah keseluruhan ganjaran promosi adalah dihadkan pada nilai setara berjumlah RM 2,500.00, yang diwakili oleh 250,000 Mata Ganjaran POD. 

6.2 Peruntukan Ganjaran Individu: Seramai dua puluh lima (25) pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan menerima peruntukan tetap sebanyak 10,000 Mata Ganjaran POD (bersamaan dengan nilai tanggapan/notional value sebanyak RM 100.00). 

6.3 Cabutan Rawak: Dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas tamat Tempoh Kempen, satu skrip data dalaman akan mengesahkan penyertaan di laman web Kempen yang layak berbanding akaun bank aktif yang memenuhi semua keperluan di bawah Klausa 4 di atas. Dua puluh lima (25) pemenang kemudiannya akan dipilih menerusi proses pemilihan rawak terkomputer. Pemilihan ini disokong oleh log padanan yang tidak boleh diubah bagi tujuan audit Syariah dan pematuhan 

7. Penunaian Ganjaran & Pengintegrasian Rakan Kongsi 

7.1 Dua puluh lima (25) pemenang yang terpilih akan dikreditkan 10,000 Mata Ganjaran POD secara terus ke akaun e-mel POD Smart mereka yang sepadan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari pengumuman rasmi cabutan. Pemenang akan dimaklumkan melalui perkhidmatan mesej selamat dalam aplikasi dan e-mel mereka yang berdaftar. 

7.2 Hadiah adalah tidak boleh dipindahkan milik di luar ekosistem POD, tidak boleh ditukar dengan wang tunai, dan tertakluk pada terma dan syarat platform ganjaran mudah alih POD Smart yang berkuat kuasa. Mata ganjaran POD yang dikeluarkan melalui Kempen ini tidak mempunyai tarikh luput. 

8. Terma Undang-undang Umum

8.1 Dengan menyertai Kempen ini, peserta mengakui dan memberi keizinan secara langsung kepada KAF DB untuk mengumpul, menggunakan, menyemak dan memproses data peribadi mereka bagi tujuan pengesahan Kempen, audit pematuhan dan penunaian ganjaran mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Data akan dikongsi dengan selamat dengan rakan kongsi POD Smart bagi tujuan pengkreditan mata ganjaran ke profil yang berkaitan atau layak untuk kempen tersebut.

8.2 Ganjaran kempen mengguna pakai struktur "Hibah" tanpa syarat yang telah disemak dan diluluskan mengikut prinsip Syariah. Ganjaran ini distrukturkan sebagai ganjaran titik pencapaian umum dan diasingkan sepenuhnya daripada volum penempatan deposit, baki akaun, atau komitmen kewangan. 

8.3 KAF DB berhak untuk meminda, mengubah, atau menarik balik mana-mana terma Kempen ini, atau menggantung operasi, sekiranya perlu berikutan keperluan kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM), pertimbangan pematuhan, atau gangguan sistem yang tidak dijangka. Sebarang kemas kini akan disiarkan secara rasmi melalui saluran perbankan digital yang ditetapkan. 

8.4 KAF DB berhak untuk menentukan kelayakan peserta berdasarkan rekodnya. Sebarang kegagalan untuk memenuhi syarat kelayakan, termasuk ketidakpadanan e-mel yang bukan disebabkan oleh KAF DB, boleh mengakibatkan pembatalan kelayakan. 

8.5 KAF DB berhak pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Kempen, untuk mengesahkan identiti, kelayakan, dan pematuhan peserta terhadap Terma dan Syarat ini, termasuk meminta maklumat atau dokumentasi tambahan sekiranya perlu bagi tujuan penunaian ganjaran. 

8.6 KAF DB berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta yang disyaki melakukan penipuan, penyalahgunaan, manipulasi mekanisme Kempen, pemalsuan maklumat, atau apa-apa tindakan yang pada pendapat KAF DB munasabah untuk menjejaskan integriti atau kesaksamaan Kempen.

8.7 Peserta bersetuju untuk menanggung rugi, membela, dan mengecualikan KAF DB serta syarikat sekutu, pegawai, dan pekerjanya daripada sebarang dan semua tuntutan, ganti rugi, liabiliti, kos, dan perbelanjaan yang timbul daripada atau berkaitan dengan pelanggaran terma-terma ini oleh Peserta atau penyertaan dalam Kempen ini.

8.8 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, KAF DB, syarikat sekutunya, pengarah, pegawai, pekerja dan ejennya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Kempen ini, termasuk sebarang kegagalan fungsi teknikal, ralat sistem, gangguan, kegagalan telekomunikasi, kegagalan platform pihak ketiga, masalah sambungan internet atau sebarang keadaan di luar kawalan munasabah KAF DB.

8.9 Undang-Undang Tadbir: Terma dan Syarat ini ditadbir secara eksklusif oleh undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang tidak dapat diselesaikan yang timbul daripada mekanisme Kempen hendaklah dirujuk kepada kerangka kerja penyelesaian dalaman KAF DB, tertakluk sentiasa pada hak kanun peserta untuk mendapatkan penebusan melalui saluran pertikaian kewangan rasmi Malaysia atau mahkamah di Malaysia.

kempen hibah hibah setia hati 250k terma dan syarat tnc t&c

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Terma dan Syarat: Kempen “Imbas & Kumpul”
  • Terma dan Syarat: Kempen "Hibah Setia Hati 100K"
  • Terma dan Syarat: Kempen Baucar Setel RM8 KAF Digital Bank

2026 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand