Aktifkan Kad Anda
Selamat datang ke alam perbankan digital bersama KAF Digital Bank (KAF DB)! Perjalanan akaun anda akan disertai dengan kelebihan istimewa iaitu kad debit maya eksklusif anda! Terokai peluang tanpa batasan dan alami urus niaga digital yang lancar serta kawalan kewangan yang kukuh. Ikuti kami bagi mendapatkan panduan mudah untuk mengakses dan mengurus kad debit maya anda melalui aplikasi KAF DB.
Langkah-langkah
- Buka Aplikasi:
Buka aplikasi KAF Digital Bank dan log masuk ke dalam akaun anda.
- Cari Menu Pengurusan Kad:
Cari ikon Menu yang berbentuk tiga garisan di bahagian Papan Pemuka Aplikasi. Klik ikon tersebut untuk melihat pilihan menu yang sedia ada.
- Pilih “Urus Kad”:
Dalam bahagian menu, cari dan pilih “Urus Kad”.
Tahniah, anda telah berjaya mengakses hab/pusat kuasa kewangan anda - iaitu pengurusan kad debit maya anda. Daripada aktiviti pemantauan transaksi, penetapan had, hingga memastikan keselamatan, anda kini mampu menguruskan kad di hujung jari anda sahaja. Nikmati kemudahan perbankan digital melalui KAF DB untuk memulakan perjalanan yang selamat dan cekap dengan kad debit maya anda. Semoga berjaya!
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda