• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Kempen

Terma dan Syarat Kempen “Daftar dan Menang” KAF Digital Bank

  1. Pengenalan 

Terma dan syarat ini ("Terma") mengawal selia Kempen “Daftar dan Menang” KAF Digital Bank ("Kempen"). Dengan menyertai Kempen ini, anda dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk mematuhi Terma ini. Jika anda tidak bersetuju, anda dinasihatkan untuk tidak menyertai kempen ini.

  1. Penganjur 

Kempen ini dianjurkan oleh KAF Digital Bank Berhad ("KAF Digital Bank").

  1. Tempoh Kempen 

Kempen ini berlangsung sehingga 16 September 2025 (6 pagi). KAF Digital Bank berhak untuk mengubah tempoh Kempen dan/atau syarat penyertaan dengan memaklumkan notis awal. Penyertaan yang tidak memenuhi kriteria kelayakan dalam tempoh yang ditetapkan akan terbatal secara automatik..

Untuk melayakkan diri menyertai Kempen ini, anda hendaklah mendaftar akaun dengan dan mengaktifkannya dengan melakukan deposit kali pertama pada aplikasi mudah alih KAF Digital Bank. Semua langkah perlu diselesaikan sepenuhnya sebelum tempoh Kempen ini tamat.

  1. Kelayakan 

Kempen ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, serta memenuhi syarat kelayakan untuk membuka Akaun Simpanan dengan KAF Digital Bank, selaras dengan undang-undang yang terpakai dan dasar pembukaan akaun Bank yang berkuat kuasa.

Kakitangan KAF Group tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

KAF Digital Bank berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta sekiranya didapati memberikan maklumat palsu, cuba memanipulasi Kempen (contohnya melalui penggunaan akaun palsu), melanggar Terma ini, atau terlibat dalam sebarang aktiviti yang mencurigakan.

  1. Cara Menyertai dan Memenangi Hadiah 

Untuk melayakkan diri menyertai Kempen ini serta berpeluang memenangi hadiah, anda mesti mendaftar akaun dengan KAF Digital Bank dan mengaktifkannya dengan melakukan deposit kali pertama di aplikasi mudah alih KAF Digital Bank. Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan untuk membuka Akaun Simpanan KAF Digital Bank.

Langkah-langkah yang perlu diselesaikan adalah seperti berikut:

  • Pendaftaran
     Muat turun aplikasi KAF Digital Bank dan lengkapkan proses onboarding digital dengan berjaya untuk mengesahkan penyertaan anda.
  • Transaksi
     Aktifkan akaun baharu anda dengan membuat deposit permulaan. Deposit ini mesti dibuat daripada akaun bank luaran yang didaftarkan atas nama anda sendiri.
  1. Hadiah 

Semua hadiah diberikan berdasarkan keadaan “seadanya” (“as-is”) dan mungkin berbeza dari segi rupa atau penerangan berbanding bahan promosi.

 Setiap peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja sepanjang tempoh Kempen.

KAF Digital Bank berhak untuk menukar struktur hadiah atau mekanisme pengagihan hadiah sebelum pemenang dipilih. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi. 

Semua keputusan yang dibuat oleh KAF Digital Bank berhubung dengan Kempen ini, termasuk pemilihan pemenang dan tafsiran Terma & Syarat, adalah muktamad dan mengikat. Sebarang rayuan, surat-menyurat, atau pertikaian tidak akan dilayan.

  1. Penyertaan dan Peluang Kemenangan 

Pendaftaran atau penyertaan berganda oleh individu yang sama menggunakan akaun, alamat e-mel, atau identiti yang berbeza adalah dilarang sama sekali. KAF Digital Bank berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta yang disyaki terlibat dalam tingkah laku tersebut.

Peluang untuk memenangi hadiah adalah bergantung kepada jumlah penyertaan yang layak diterima sehingga tarikh tamat Kempen.

  1. Pemilihan Pemenang 

Pemenang akan dipilih menerusi cabutan rawak yang akan dijalankan oleh KAF Digital Bank selepas Kempen tamat.

Keputusan Penganjur mengenai semua perkara Kempen, termasuk pemilihan pemenang dan tafsiran Terma ini, adalah muktamad.

  1. Pemberitahuan Pemenang 

Pemenang akan dimaklumkan melalui pemberitahuan dalam aplikasi KAF Digital Bank dan melalui notis makluman ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Anda bertanggungjawab untuk memastikan maklumat hubungan anda adalah tepat dan terkini serta pemberitahuan di aplikasi telah diaktifkan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kegagalan pemberitahuan yang berpunca daripada maklumat hubungan yang tidak tepat atau tidak dikemas kini, tetapan pengguna, atau keadaan lain di luar kawalan mereka.

  1. Penuntutan Hadiah 

Pemenang mesti menuntut hadiah dalam tempoh 14 hari dari tarikh KAF Digital Bank menghantar pemberitahuan pertama menerusi pesanan dalam aplikasi dan/atau e-mel.

Pemenang berkemungkinan perlu memberikan pengesahan (cth., bukti pengenalan diri) untuk menuntut hadiah. Kegagalan untuk memberikan pengesahan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan boleh mengakibatkan kehilangan peluang untuk menuntut hadiah kemenangan.

Jika pemenang gagal menuntut hadiah dalam tempoh 14 hari, atau gagal dalam proses pengesahan, hadiah tersebut akan dianggap terbatal. KAF Digital Bank berhak untuk menguruskan sebarang hadiah yang tidak dituntut atau terbatal mengikut budi bicara mutlaknya. Tiada sebarang pampasan akan diberikan bagi hadiah yang terbatal.

  1. Terma Am 

Penyertaan adalah percuma; tiada sebarang pembelian diperlukan. Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai.

KAF Digital Bank boleh menggantikan hadiah dengan barangan yang sama atau lebih besar nilainya jika perlu. Penggantian akan dibuat mengikut budi bicara mutlak KAF Digital Bank dan tidak akan memberi hak kepada peserta untuk sebarang tuntutan atau pampasan.

Peserta mesti mematuhi segala undang-undang dan peraturan di Malaysia yang terpakai.

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, atau kecederaan yang berkaitan dengan penyertaan atau hadiah.

  1. Kerahsiaan dan Privasi 

Dengan menyertai Kempen ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa data peribadi anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat e-mel, dan maklumat hubungan atau pengenalan lain yang berkaitan) boleh dikumpulkan, digunakan, diproses, dan didedahkan oleh Penganjur semata-mata untuk tujuan yang berkaitan dengan pentadbiran, pelaksanaan, dan promosi Kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengesahan kelayakan, menghubungi pemenang, penunaian hadiah, dan komunikasi yang berkaitan.

Penganjur akan memproses data peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan dasar privasi masing-masing, yang boleh didapati di laman web rasmi mereka. Anda digalakkan untuk membaca dasar privasi ini untuk memahami cara data anda dikendalikan.

Data peribadi anda mungkin didedahkan kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh Penganjur (Contoh: Agensi pemasaran, penyedia perkhidmatan kurier, vendor IT) dengan ketat untuk tujuan yang dinyatakan di atas, tertakluk kepada perlindungan kerahsiaan dan data yang sesuai.

Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, dan pembetulan, data peribadi anda yang dipegang oleh Penganjur, dan untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, penarikan balik persetujuan mungkin membatalkan kelayakan anda daripada terus menyertai Kempen.

Jika anda ingin mengakses, mengemas kini, membetulkan, atau menarik balik persetujuan untuk penggunaan data peribadi anda, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak sokongan (lihat Seksyen 15).

Kecuali seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang, data peribadi anda akan disimpan hanya selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan dan untuk mematuhi keperluan undang-undang atau peraturan yang terpakli.

  1. Hak Penganjur 

KAF Digital Bank boleh meminda Terma ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Perubahan akan disiarkan di halaman Kempen atau diumumkan melalui saluran rasmi.

KAF Digital Bank boleh membatalkan, menamatkan, atau mengubah suai Kempen atau membatalkan kelayakan peserta mengikut budi bicara munasabahnya, termasuk sebagai tindak balas kepada penipuan, isu teknikal, sekatan kawal selia, atau peristiwa lain di luar kawalannya yang mungkin menjejaskan keadilan atau keselamatan Kempen.

  1. Undang-undang yang Mengawal 

Terma ini dikawal oleh undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Kempen ini akan diserahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

  1. Maklumat Hubungan 

Untuk pertanyaan, hubungi: 

KAF Digital Bank: hello@kaf.com.my

daftar dan menang terma dan syarat kempen

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Terma & Syarat Akaun Deposit Islamik dan Kad Debit-i
  • Terma dan Syarat untuk Kempen Cabutan Bertuah CelikWang KAF Digital Bank dan POD 🎉
  • TERMA DAN SYARAT APLIKASI MUDAH ALIH KAF DIGITAL BANK

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand