Proses Pemulihan Akaun
Memastikan keselamatan akaun anda adalah perkara utama, dan KAF Digital Bank (KAF DB) telah melaksanakan proses pemulihan akaun yang mantap agar dapat melindungi maklumat kewangan anda. Panduan ini akan memberikan gambaran terperinci mengenai langkah-langkah pemulihan akaun, termasuk pemulihan PIN dan ciri “Lupa PIN”.
Daftar Masuk PIN Selamat
Dalam situasi di mana anda telah memasukkan PIN yang salah semasa melakukan sebarang tindakan dalam aplikasi yang memerlukan anda memasukkan PIN 6 digit:
- Anda mempunyai maksimum tiga percubaan untuk memasukkan PIN Selamat mereka.
- Selepas tiga percubaan gagal, tempoh penyejukan akaun selama 60 saat dikenakan sebelum percubaan keempat.
- Jika percubaan keempat gagal, tempoh penyejukan akan dipanjangkan lagi iaitu selama 180 saat sebelum percubaan kelima yang juga merupakan percubaan terakhir dibenarkan.
- Selepas lima percubaan gagal, pengesah PIN dilumpuhkan.
- Anda mesti menjalani proses pengesahan identiti atas talian (e-KYC) untuk mendapatkan akses semula ke dalam akaun, yang merangkumi pengesahan dokumen, pengecaman wajah, dan semakan kecergasan.
Memulakan Ciri “Lupa PIN” Ketika Anda ingin Memulakan Sebarang Tindakan di dalam Aplikasi yang Memerlukan Anda untuk Memasukkan PIN 6 Digit
- Pada halaman yang memerlukan anda memasukkan PIN 6 digit, anda boleh memulakan proses ciri “Lupa PIN”.
- Untuk peranti yang berdaftar, anda hanya dibenarkan untuk mencuba hanya sekali sehari. Sebarang tindakan pemulihan akaun yang selanjutnya tidak akan dibenarkan sehingga hari esoknya.
- Jika anda memulakan ciri “Lupa PIN”, anda akan diminta untuk menjalani semula proses pengesahan identiti atas talian (e-KYC), termasuk pengesahan dokumen, pengecaman wajah dan semakan kecergasan.
- Selepas proses pengesahan, anda seterusya akan diminta untuk menetapkan PIN baharu, diikuti dengan halaman status terhadap penetapan PIN baharu.
Keputusan Proses Pemulihan
- Jika keputusan e-KYC anda lulus, anda boleh log masuk selepas tempoh penampan 12 jam.
- Keputusan pemulihan yang berjaya akan dimaklumkan kepada anda melalui e-mel dan pemberitahuan pacuan untuk anda mengaktifkan peranti baharu dalam masa 12 jam.
- Tempoh penampan hanya terpakai jika proses pemulihan "Lulus".
- Jika keputusan anda adalah "Dalam Semakan" atau "Gagal", tempoh penampan 12 jam tidak terpakai.
Percubaan Semula dan Pilihan untuk Hubungi Kami
- Jika keputusan anda adalah "Gagal" atau "Dalam Semakan", anda boleh mencuba semula proses pemulihan atau menghubungi kami (KAF DB) untuk semakan manual.
- Selepas percubaan pertama gagal, percubaan seterusnya hanya dibenarkan pada esok hari (1 kali percubaan sahaja dalam sehari).
Pemberitahuan Tambahan
-
Kemasukan PIN Salah:
- Mesej ralat akan memaparkan arahan untuk memasukkan PIN yang betul semasa pengesahan semula.
-
Permulaan Proses Pemulihan Akaun:
- Sebaik sahaja memulakan proses pemulihan akaun, pemberitahuan pacuan dan e-mel akan dihantar kepada pengguna.
- Pemberitahuan kedua akan dihantar setelah proses selesai.
Dengan Penggunaan PIN Selamat dan prosedur pemulihan akaun KAF Digital Bank, anda boleh melalui pengalaman perbankan digital dengan yakin. Komitmen kami terhadap keselamatan anda meliputi penyediaan proses pemulihan yang lancar serta mengekalkan piawaian perlindungan tertinggi. Nikmati ketenangan fikiran dengan mengetahui bahawa akaun anda berada dalam keadaan yang selamat.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda