Ciri Keselamatan Aplikasi Mudah Alih KAF Digital Bank
Selamat datang ke KAF Digital Bank (KAF DB), di mana keselamatan anda adalah keutamaan kami. Dalam era digital hari ini, kami memahami kepentingan untuk menyediakan ciri keselamatan yang kukuh dalam memastikan pengalaman perbankan anda. Ianya bukan sahaja mudah tetapi juga sangat selamat. Dengan langkah keselamatan yang canggih, anda boleh menjalani aktiviti perbankan dengan yakin kerana mengetahui bahawa maklumat kewangan anda dilindungi sepanjang masa.
Pengesahan Biometrik untuk Akses Selamat yang Mudah
Aplikasi KAF Digital Bank memahami kesukaran mengingati kata laluan yang kompleks. Dengan pengesahan biometrik, anda boleh mengakses akaun anda dengan mudah menggunakan cap jari atau pengecaman wajah. Ini bukan sahaja meningkatkan kemudahan anda tetapi juga memperkukuh keselamatan akaun anda.
SecureKAF
Katakan selamat tinggal kepada proses menunggu SMS untuk mengesahkan transaksi! SecureKAF melindungi transaksi perbankan anda melalui proses penyulitan terkini yang disepadukan terus ke dalam aplikasi KAF Digital Bank anda. Setiap transaksi, tidak mengambil kira sebarang amoun, sama ada RM1 mahupun sebesar RM1,000, ia memerlukan pengesahan anda dengan hanya menekan butang "Lulus" atau "Tolak" pada kotak timbul SecureKAF di dalam peranti mudah alih anda.
Keselamatan Lapisan Ganda Dua untuk Transaksi Besar
Di KAF Digital Bank, kami mengutamakan keselamatan semua transaksi yang anda jalankan. Ianya termasuklan transaksi intrabank (akaun KAF DB ke akaun KAF DB yang lain), interbank (transaksi merentasi akaun bank lain) dan juga urus niaga yang dijalankan menggunakan Kad Debit-i VISA KAF Digital Bank (bagi kedua-dua transaksi Kad Hadir dan Kad Tidak Hadir). Bagi sebarang transaksi yang berjumlah dalam lingkungan RM0.01 sehingga setinggi RM9,999, kami memerlukan pengesahan anda melalui kotak timbul SecureKAF sahaja, bagi pengalaman yang lancar. Namun, bagi apa-apa urus niaga berjumlah RM10,000 dan ke atas, kami memperkenalkan ciri menarik kami yang dipanggil Pengesahan Berbilang Faktor (Multi Factor Authentication, MFA). Bagi maksud mengesahkan transaksi anda, pertamanya anda perlu mengesahkan transaksi tersebut melalui SecureKAF. Kemudian, anda perlu mengambil swafoto muka sebagai langkah keselamatan tambahan bagi membolehkan urus niaga diteruskan.
Pemberitahuan Transaksi Masa Nyata
KAF Digital Bank memastikan anda sentiasa dimaklumkan tentang sebarang transaksi yang berlaku dengan ciri pemberitahuan transaksi masa nyata. Atau dalam erti kata lain, anda akan segera mendapat pemberitahuan (notifikasi) untuk setiap pembelian atau pemindahan yang anda lakukan. Ianya bertujuan untuk memastikan anda sentiasa mengetahui aktiviti akaun anda.
Kunci Akaun Anda (Nyahdayakan Akses e-Perbankan)
Menyahdayakan akses e-perbankan anda (mengaktifkan ciri kunci akaun) adalah langkah keselamatan yang membolehkan anda segera menyahaktifkan atau menyekat aplikasi sekiranya anda mengesyaki terdapat sebarang aktiviti perbankan yang mencurigakan atau mendapati terdapat pemindahan yang bukan disahkan oleh anda.
Tindakan ini akan menghentikan semua aktiviti perbankan (atau secara spesifiknya menyekat sebarang aktiviti pemindahan dana atau apa-apa aktiviti yang melibatkan akaun anda) buat sementara waktu. Ianya diyakini dapat memberikan ketenangan dan peluang kepada anda untuk melindungi akaun bank anda. Sekiranya anda perlu menggantung akses e-perbankan anda buat sementara waktu disebabkan oleh transaksi yang mencurigakan, KAF Digital Bank akan memudahkan proses tersebut. Anda boleh mengunci akaun anda dengan menyahaktifkan akses e-perbankan terus dalam aplikasi. Ingatlah bahawa anda perlu menghubungi KAF Digital Bank untuk memulihkan semula akses perbankan anda.
Kunci Kad
Pernahkan anda mengalami situasi kehilangan kad atau anda terlupa anda letakkan kad anda di mana? Apa yang akan berlaku sekiranya kad tersebut jatuh ke tangan penjenayah? Semestinya situasi ini akan mencetuskan situasi panik dan anda cuba mencari solusi secepat mungkin. Apa yang diinginkan ketika itu semestinyalah ketenangan fikiran dan jaminan agar tiada sebarang transaksi yang meragukan dan tidak disahkan berlaku. Jangan risau sekiranya situasi tersebut berlaku kerana di KAF Digital Bank, keselamatan kad anda adalah keutamaan kami.
Di dalam aplikasi KAF Digital Bank, anda boleh membekukan sementara transaksi atau penggunaan kad anda melalui ciri “Lock Card” kami. Ia dicipta untuk melindungi kad dengan lebih baik daripada akses tanpa pengesahan dan sebarang aktiviti penipuan yang mungkin boleh berlaku. Dengan ciri ini, anda tidak perlu terlalu risau atau panik. Anda juga tidak perlu menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami secara tergesa-gesa. Anda boleh melakukannya menggunakan aplikasi KAF Digital Bank anda. Apa yang sebenarnya akan berlaku adalah sistem kami akan mengunci kad anda buat sementara waktu supaya semua transaksi masuk dan keluar pada kad debit-i anda akan disekat.
Dengan usaha mudah ini, ia akan menghalang pencuri (dalam kes kad dicuri) atau menghalang orang yang tidak dikenali daripada membuat caj yang tidak benar menggunakan nombor kad yang dicuri (hilang/salah letak). Dengan mengunci kad, ia dapat mengurangkan kerumitan kemudian hari dalam urusan pelaporan sekiranya terdapat sebarang caj tidak benar. Apa yang menarik ialah apabila ciri ini lebih mudah digunakan dan dikendalikan jika anda tersalah letak kad dan berkemungkinan menemuinya semula tidak lama selepas itu. Menguncinya adalah lebih kurang menyusahkan daripada membatalkan terus kad tersebut dan diberikan nombor kad baharu. Pembatalan kad dan pengaktifan kad baharu dapat menjejaskan pembayaran autodebit, arahan tersedia (standing order/instructions) mahupun akaun pengebilan autopay.
Di KAF Digital Bank, kami komited untuk menyediakan pengalaman perbankan yang lancar dan selamat untuk anda. Dari pengesahan biometrik sehinggalah pemberitahuan transaksi masa nyata, kami menawarkan pelbagai ciri yang direka untuk melindungi akaun anda dan memberikan ketenangan fikiran. Nikmatilah masa depan perbankan bersama kami, di mana keselamatan disertai dengan kemudahan. Kesejahteraan kewangan anda adalah keutamaan utama kami.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda