• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Pertanyaan Am

Fasa Perintis oleh ONZ Banking

KAF Digital Bank (KAF DB) memperkenalkan Fasa Perintis oleh ONZ Banking, sebuah program ujian beta atau ujian aplikasi mudah alih kami secara tertutup yang direkabentuk dengan teliti untuk memastikan pengalaman terbaik pengguna. Fasa ini merupakan langkah permulaan bagi pelancaran awam yang dinanti-nantikan, memberi peluang kepada pengguna terpilih untuk menjadi yang pertama menguji aplikasi mudah alih Bank Digital Islamik patuh Syariah, serta produk dan perkhidmatan kami.

 

Meneroka Fasa Perintis oleh ONZ Banking:

Fasa Perintis merupakan inisiatif ujian beta tertutup penting yang diperkenalkan oleh ONZ Banking. Fasa ujian eksklusif ini memainkan peranan penting dalam mengemaskini tawaran kami untuk pelancaran awam yang lancar kelak tidak lama lagi. Pandangan berharga anda dapat memainkan peranan utama dalam membentuk pengalaman pengguna yang lebih baik untuk semua.

 

Pendaftaran untuk Fasa Perintis:

Kami mengalu-alukan anda untuk mendaftar dan menjadi Para Perintis dalam program Fasa Perintis. Lawati laman web www.onzbanking.com untuk mendaftar, dan selepas selesai, pautan tinjauan akan dihantar ke e-mail yang didaftarkan. Pengumuman peserta terpilih untuk ujian beta dijadualkan pada 25/04/2025. Jika anda terpilih, anda akan mempunyai peluang unik untuk menjadi antara individu bertuah untuk menguji aplikasi mudah alih bank digital kami dan memperoleh mata eksklusif sepanjang penggunaan aplikasi tersebut!

 

Bertindak untuk Pengalaman Fasa Perintis:

Sebagai Para Perintis, anda berada di barisan hadapan untuk menguji aplikasi mudah alih bank digital terkini kami. Anda akan mempunyai keistimewaan dari kalangan pelanggan kami yang lain apabila anda mempunyai lencana Perintis Eksklusif. Untuk itu, anda akan nikmati peluang jauh lebih baik dalam aktiviti mengumpul mata kesetiaan yang dapat ditebus dengan ganjaran menarik. 

 

Anda berpeluang untuk terlibat secara aktif ketika proses kami mencari maklum balas berguna dan membangun daripada anda yang bertujuan meningkatkan prestasi dan menambahbaik aplikasi kami. Program literasi kewangan khas juga disertakan untuk memberi kuasa kepada anda dalam pengurusan kewangan yang lebih efektif. Jadi, daftar minat anda hari ini di www.onzbanking.com untuk mendahului yang lain dan nikmati ganjarannya.

 

Pelancaran Awam dan Langkah Seterusnya:

Keseronokan semakin membara apabila kami menghampiri pelancaran awam KAF Digital Bank. Fasa Perintis hanyalah langkah pertama dalam perjalanan menyeronokkan kami. Kami tidak sabar untuk berkongsi pengalaman Perbankan Digital Islamik yang inovatif dengan khalayak yang lebih ramai tidak lama lagi. Jangan alihkan perhatian anda daripada program kami dan nantikan lebih banyak kemaskini yang akan kami dilakukan. Sertailah kami dalam perjalanan revolusi dan mengagumkan ini!

 

Penyertaan anda sebagai sebahagian daripada Para Perintis yang hebat adalah peluang untuk berada di barisan hadapan usaha dilakukan industri. Daftarkan minat anda di www.onzbanking.com, dan bersama-sama kita rancakkan laluan untuk pengalaman Perbankan Digital Islamik yang luar biasa. Dalam masa kita beralih dari Fasa Perintis hinggalah ke pelancaran awam, tunggu kemaskini kami dan saksikanlah proses revolusi dalam perbankan bersama KAF Digital Bank.

 

onz perbankan fasa perintis ujian awal beta testing

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Apa itu KAF Digital Bank?
  • Apa Itu Aplikasi Mudah Alih KAF Digital Bank?
  • Apakah Perkhidmatan Yang Terdapat Di Dalam Aplikasi KAF Digital Bank?

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand