Had Transaksi
Apakah itu had transaksi?
Kami telah memperkenalkan cara yang lebih baik untuk menguruskan had perbelanjaan anda! Ini merangkumi had harian QR, had pindahan harian, dan had perbelanjaan harian kad anda. Secara amnya, ini merupakan jumlah maksimum (had) yang boleh anda gunakan untuk setiap kaedah pembayaran tersebut dalam sehari.
Berapakah had transaksi saya sekarang?
Kami telah menetapkan had lalai (default) sebanyak RM3,000 sehari bagi setiap jenis had transaksi untuk semua pelanggan. Namun, jangan risau, had ini boleh diubah pada bila-bila masa!
Adakah saya boleh mengubah had saya?
Boleh! Sila pergi ke halaman 'Urus Had' dalam aplikasi mudah alih KAF Digital Bank dan anda boleh mengemas kininya mengikut keperluan anda.
Langkah: Buka aplikasi KAF Digital Bank > Tekan 'Lagi' > Tekan ‘Urus Had Transaksi’

Adakah terdapat had maksimum untuk penetapan ini?
Sila ambil maklum bahawa semua had adalah tertakluk kepada had tahap akaun anda. Had maksimum yang boleh anda tetapkan adalah bergantung kepada tahapakaun anda.
Tahap Akaun |
Had Keseluruhan Harian |
Had Keseluruhan Bulanan |
Akaun Simpanan-i Basic Plus |
RM 5,000 |
RM 20,000 |
Akaun Simpanan-i Premium |
RM 50,000 |
RM 200,000 |
Adakah had akan diperbarui setiap hari?
Ya, had harian anda akan diperbaharui (reset) setiap hari pada tengah malam.
Berapa lamakah tempoh bertenang untuk had baharu saya berkuat kuasa?
Peningkatan had transaksi akan mengambil masa selama 1 jam untuk tempoh bertenang sebelum berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, sebarang pengurangan had akan berkuat kuasa serta-merta.
Nota: Anda masih boleh membuat pemindahan sehingga had sedia ada anda sepanjang tempoh bertenang 1 jam ini.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda