Dimanakah Nombor Kad Saya?
Apabila anda membuka akaun simpanan KAF Digital Bank, Kad Debit Maya akan dicipta secara automatik untuk anda supaya anda boleh mula berbelanja serta-merta.
Demi keselamatan anda, kad debit fizikal KAF Digital Bank adalah tanpa nombor. Ini bermakna kad maya dan kad fizikal anda sebenarnya berkongsi nombor kad 16 digit, tarikh luput, dan CVV yang sama. Memandangkan butiran ini tidak dicetak pada kad fizikal, anda hanya perlu mendapatkannya menerusi aplikasi setiap kali anda ingin membuat pembelian.
Cara Mendapatkan Butiran Kad Anda:
- Buka aplikasi KAF Digital Bank dan log masuk
- Klik 'Butiran Kad' (Card Details) di Halaman Utama
- Masukkan 6 digit PIN aplikasi anda
Perlukan Kad Fizikal?
Klik di sini untuk mengetahui cara memohon Kad Debit-i fizikal anda.
Adakah artikel ini membantu?
Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?
Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.
Hantarkan soalan anda