• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home

Soalan Lazim: Financial Process Exchange (FPX)

Apakah itu FPX dan adakah saya boleh menggunakannya dengan akaun KAF Digital Bank saya?
Pembayaran kini lebih mudah dengan FPX! Gerbang pembayaran (payment gateway) dalam talian yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia (PayNet) ini membolehkan anda membuat pembayaran untuk pembelian dalam talian, bil, dan pelbagai perkhidmatan, secara terus daripada akaun KAF Digital Bank anda. Anda hanya perlu memilih KAF Digital Bank di bawah menu FPX pada halaman pembayaran peniaga (merchant).
 

Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan FPX?
Tidak, tiada pendaftaran berasingan diperlukan. Selagi anda mempunyai akaun yang aktif dan aplikasi dimuat turun dalam telefon pintar anda, anda boleh terus menggunakannya!
 

Bagaimanakah cara untuk menggunakan FPX dengan KAF Digital Bank?
Membuat pembayaran dalam talian melalui FPX adalah sangat mudah, pantas, dan selamat! Ikuti langkah-langkah ringkas ini:

  • Pilih FPX sebagai kaedah pembayaran di halaman pembayaran peniaga.
  • Masukkan Maklumat (MyKad dan nombor telefon bimbit yang berdaftar)
  • Semak Telefon Anda untuk pemberitahuan automatik SecureKAF (push notification)
  • Luluskan melalui SecureKAF dalam tempoh 2 minit.
  • Selesai! Selepas diluluskan, pembayaran diproses secara langsung.

 

  


Tidak menerima pemberitahuan automatik SecureKAF? 
Jangan risau! Buka aplikasi KAF Digital Bank secara manual dan tekan butang SecureKAF. Pastikan anda telah membenarkan pemberitahuan (notifications) aplikasi pada tetapan telefon anda. Jika tempoh 2 minit tamat, transaksi akan gagal secara automatik dan anda boleh membuat semula pembayaran di halaman peniaga.

Bolehkah pembayaran FPX dibatalkan selepas diluluskan melalui SecureKAF? 
Tidak boleh. Sebaik sahaja anda meluluskan pembayaran melalui SecureKAF, transaksi diproses secara masa nyata (real-time) serta-merta.

Bilakah perkhidmatan FPX boleh digunakan? 
Perkhidmatan FPX beroperasi 24/7! Walaubagaimanapun, ketersediaan perkhidmatan tertakluk kepada kelancaran perbankan internet anda pada waktu tersebut.

Adakah FPX menyokong transaksi yang dijadualkan atau pembayaran bil berulang automatik melalui KAF Digital Bank? 
Tidak, kami tidak menyokong pembayaran FPX secara dijadualkan atau berulang sebagai bank pengeluar (issuer bank). Fungsi tersebut diuruskan secara terus oleh pihak peniaga atau penyedia perkhidmatan pembayaran mereka.

Bagaimana jika baki akaun saya tidak mencukupi?
Transaksi FPX anda akan ditolak serta-merta dan tiada sebarang pemotongan wang dilakukan daripada akaun anda.

Berapakah had transaksi untuk FPX? 
Berikut adalah ringkasan had bagi transaksi FPX anda:

  • Had Minimum: RM 1.00 bagi setiap transaksi.
  • Had Maksimum/ Harian: Tertakluk kepada had pindahan harian keseluruhan anda untuk semua jenis transaksi, bergantung pada tahap akaun anda—sehingga RM 5,000 sehari untuk pemegang akaun Basic Plus, dan sehingga RM 50,000 sehari untuk pemegang akaun Premium.

Bolehkah saya mengubah had transaksi FPX saya?
Memandangkan transaksi FPX anda berkongsi had harian kumulatif yang sama, menetapkan had khas untuk FPX sahaja buat masa ini belum disokong pada platform kami.

Adakah sebarang caj dikenakan apabila menggunakan perkhidmatan ini?
Caj perkhidmatan yang dikenakan untuk FPX adalah berbeza-beza mengikut peniaga (merchant) yang dipilih oleh pelanggan

Di manakah saya boleh menyemak sejarah transaksi pembayaran saya?
Anda boleh menyemak semua transaksi FPX terdahulu pada bila-bila masa di dalam aplikasi KAF Digital Bank di bawah Akaun Saya (My Account) > Rekod Transaksi.

Apakah nombor rujukan yang perlu saya gunakan jika ingin membuat pertanyaan mengenai pembayaran?
Anda boleh merujuk kepada ID Transaksi FPX. ID ini boleh didapati pada resit digital dalam aplikasi, pemberitahuan pengesahan pembayaran, atau di halaman pengesahan pembayaran peniaga.

Siapakah yang perlu saya hubungi untuk menyemak status transaksi saya?
Sila hubungi Khidmat Sokongan KAF Digital Bank secara terus melalui WhatsApp di dalam aplikasi atau hubungi talian khidmat pelanggan kami di +603-8744 3331

Bagaimanakah cara untuk mempertikaikan (dispute) transaksi jika saya tidak menerima barangan atau perkhidmatan yang dibayar?
Memandangkan pembayaran FPX diproses secara masa nyata dan dana ditolak serta-merta, langkah pertama anda adalah menghubungi pihak peniaga secara terus menggunakan No. Pesanan Penjual (Seller Order No.) atau ID Transaksi FPX anda.

Jika pihak peniaga tidak memberi maklum balas, anda boleh mengemukakan pertikaian secara rasmi kepada kami (beserta bukti pembayaran) dalam tempoh 90 hari dari tarikh transaksi.

Bolehkah saya meluluskan transaksi FPX jika berada di luar negara?
Ya, sudah tentu! Selagi anda mempunyai sambungan internet yang aktif (melalui roaming atau Wi-Fi), anda akan menerima pemberitahuan automatik dan boleh meluluskan pembayaran dalam aplikasi seperti biasa.

Memerlukan bantuan atau ingin tahu lebih lanjut? 
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai rangkaian FPX, sila layari Laman Web Rasmi PayNet FPX.

Peringatan Keselamatan Penting: Jika anda menerima pemberitahuan SecureKAF bagi transaksi yang tidak dilakukan oleh anda, sila tolak (reject) serta-merta di dalam aplikasi dan hubungi pasukan sokongan kami dengan segera.

 

pertukaran kewangan

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Semak Keluar Pembayaran E-Dagang
  • Menerima Dana/Wang Melalui QR
  • Pembayaran Menggunakan DuitNow QR

2026 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand