• Jawapan tidak ditemui? Sila hantarkan soalan anda di sini
Bahasa Melayu
English (UK)
Bahasa Melayu

Sila hubungi talian sokongan di +603 8744 3331 jika anda memerlukan bantuan

Selamat Datang ke Laman Hello@KAF

Selamat datang ke laman Hello@KAF - Sila ajukan pertanyaan anda kepada kami

Kirimkan soalan

Sila ajukan soalan anda di sini, dan kami akan berusaha untuk memberikan jawapan.

Please fill out the contact form below and we will reply as soon as possible.

  • Home
  • Pertanyaan Am

Isu Log Masuk

Saya menghadapi masalah untuk log masuk. Apa yang perlu saya lakukan?

Pertama sekali, cuba buang (delete/uninstall) aplikasi KAF Digital Bank dan kemudian terus muat turun semula (reinstall). Selalunya ralat (glitch) atau masalah teknikal yang kecil dan sementara akan selesai selepas langkah ini. Setelah pemasangan semula aplikasi, cuba untuk log masuk. Peringatan: Terdapat tempoh bertenang (cooling-period) selama 12 jam, di mana anda tidak akan dapat melakukan sebarang transaksi.

Saya telah pasang semula aplikasi, tetapi masih tidak dapat log masuk. Apakah langkah seterusnya?

Jika memasang semula aplikasi tidak berhasil , anda boleh cuba menetapkan semula PIN anda. Di skrin log masuk, pilih butang “Lupa PIN” dan ikuti langkah-langkah untuk proses pemulihan akaun.

Saya melihat mesej ralat dan pilihan "Aktifkan Akaun" tidak muncul. Apakah maksudnya?

Jika anda melihat mesej ralat ini dan tidak melihat pilihan 'Aktifkan Akaun', aplikasi anda perlu menjalani proses pemulihan (recovery process). Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan semula akses masuk:

  • Buang aplikasi KAF Digital Bank dari peranti anda.
  • Matikan peranti anda, dan hidupkannya semula.
  • Muat turun semula aplikasi KAF Digital Bank dari Google Play Store (Android) atau Apple App Store (iOS).
  • Buka aplikasi dan log masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan yang telah didaftarkan.
  • Apabila diminta, teruskan dengan Pemulihan/Pengaktifan dan selesaikan proses eKYC sekali lagi.

Saya telah mencuba semua langkah tetapi masih tidak dapat log masuk. Apa yang perlu saya lakukan sekarang?

Jika masalah berterusan, sila hubungi pasukan sokongan kami untuk bantuan melalui saluran rasmi berikut:

  • Talian Utama: +603 8744 3331
  • E-mel: hello@kaf.com.my
  • WhatsApp: +60 12-473 8744
masalah log masuk isu log masuk

Adakah artikel ini membantu?

Tidak
Ya
Beri maklum balas tentang artikel ini.

Adakah Anda Tidak Menemui Apa yang Anda Cari?

Hantarkan soalan anda kepada kami, dan kami akan berusaha menyelesaikannya.

Hantarkan soalan anda

Soalan Lazim Berkaitan

  • Apa itu KAF Digital Bank?
  • Apa Itu Aplikasi Mudah Alih KAF Digital Bank?
  • Apakah Perkhidmatan Yang Terdapat Di Dalam Aplikasi KAF Digital Bank?

2025 © Hak Cipta Terperlihara. KAF Digital Bank Berhad.

Expand